CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 6 December 2011

Baby Cempaka 3 Bulan

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah, 7.12 ni genaplah Cempaka Nur Qaisara 3 bulan..=) Tapi belum timbang lagi, minggu depan baru ada appoinment. Sepanjang 3 bulan ni, aku kagum sgt..kagum dgn dia n kagum dgn keajaiban susu ibu. Mana x nya, dulu keluar2 kecitttt je..la ni kaki dia aku rasa nak giget2 je hehe..kalo org tnya bg susu apa ni? aku jwb susu bdn..bangga ohh..kembang kempis kuncup idung hehe.. Aku bangga dapat beri anak aku hak dia yg sepatutnya..Aku xkisah berhabis duit beli pam botol plastik storage tu semua, asalkan aku dpt bg hak dia yg ni..Yang paling penting bonding tu. Masa susukan dia, aku tgk mata dia dlm2, ohh syahdunya..hehe..Ok, perkembangan dia sepanjang 3 bln ni :

1. Ketawa mengekek2..lawak btl..
2.Kenal mak apak dia..hepi sgt!
3. Pandai tegur org..Kalau org xlayan dia nanti dia nangis.
4. Dah boleh ajak lawan bercakap..Tapi xtau apa yg dia ckp tu..Tp kemain kecoh lg dia!haha..
5. Tengah2 nenen dia sengih..aduiyai..cair mak..hehe
6. Belum pandai meniarap lagi..
7. Suka ngences..abis basah baju..
8. Suka main2 dengan tgn dia and angkat kaki tinggi2..

Hehe..bnyk lg kot..tp yg ni je aku igt..
Entry ini disudahi dgn gmbr si kecit ni yg sebenarnya dah botak tetapi dicover oleh beanie cap (yeke nama dia ni) yg super comel..





Cara Pakai Mei Tai

Aku memang minat sangat2 dengan menda alah mei tai ni..Rupa2nya menda ni dah lama, cuma sekarang dipopularkan semula sebab design dia yang cantik2. Jadi, xdela org sekarang ni malu nak bwk baby dlm menda alah ni. Malah dah jadi trend pulak sekarang. i loikeee..

Selain mei tai, baby wearing yang seangkatan dengannya adalah pouch dan juga ring sling. Macam2 la ada. I slalu usha2 line kat jumpsac.com, neezaneedles.com, kat momslittlesones pun ada, lunatots, peekaboo la..Macam2 ada..Last2 mokcik g beli kat manjakuhappy.com makcik pun hepi sebab design dia cute ya hamat. Murah pun murah..Ok la utk bajet mokcik sebagai ciku cikgu yg xde pangkat ni..hihihh..



Ni la yang aku beli kat manjakuhappy.com. Cantik kan? hehe..



Ok la, mokcik xmo bebel panjang2, meh mokcik tunjuk ajar ku sifu cara2 nak pakai mei tai ni...ini cara mokcik snirik..huhu
1. Sediakan mei tai anda.
2. Pastikan mana tali untuk diikat di bahu,mana tali untuk diikat kat pinggang. (panjang tu bahu punya, pendek tu pinggang punya)
3. Dah tu, amik tali pendek tu, ikat kat pinggang ketat2. Kalo nak senang pusingkan dulu ke depan, pas ikat baru pusing ke blakang..(ala,cam pakai bra tu ha..hihihh)
4. Bentangkan body mei tai tu elok2..ni sambil diri ye. Amik beby, masukkan beby ke dlm body mei tai tu, sambil pegang beby silangkan tali kat bahu tu.
5. Kemaskan kedudukan kaki beby ke tepi kiri dan kanan. Kalo kecit lagi leh bersilakan beliau spy beliau duduk di dlm mei tai itu.
6. Tali bahu yang disilangkan tadi di bawa ke depan dan diikat di bawah punggung beby. Kalu newborn lagik, tali diikat di belakang badan beby utk menyokongnya.
7. Siap!!

Err faham ke x ni..Macam susah nak terangkan..Meh mokcik bagi video youtube spy anda semua lebih mudah fhm.. :)

Wednesday, 30 November 2011

AKU NAK KURUS!!

Haha tajuk xbley blah..Huu memang la..sejak aku bersalin ni badan bagai dipam2. Dan semalam incik hubby dah tegur..Kusss semangat..Sentap mak!! Terus nangis kau di situ.

Dulu..masa dia ngorat2 aku berat aku 56kg jek..CUN la..Tapi secara asal usulnya berat aku sebelum tu adalah 80kg nokss. Dia jumpa aku betul2 time aku serius nak kurus n dah dapat berat 56kg tu.(dulu gemuk dia x pandang, huwaa). Padahal 1 maktab je tuhh.

Dah tu pas bersalin ni..debushh!!Dapatla balik 80kg tu kat aku. Dapatla jugak incik hubby tgk aku yg dulu 80kg.. Hukss..Dengan bontot yang tertinggal di belakang apabila berjalan..MAKKK,AKU NAK KURUS!!!! Eh nape aku panggil mak aku pulak..hehe....


Next entry aku cerita macam mana aku leh turunkan berat yang sebegitu banyak..
P/S: Sape ada cara nak kurus pas bersalin ni..tulonggg makcik..


Chiaowww~~

Tuesday, 29 November 2011

PENGALAMAN BERSALIN~~

Bila diingat-ingat balik memangla ngeri..Tobat makcik takmo pi hospital yang terbabit..huhu..Begini kisahnya...

5.09.11 1.35 pm (dah overdue 5 hari)

Tengah syok2 tidur tiba2 aku rasa macam nak terkench. Tapi malas giler nak bangun hoho.. Aku lepak2 dlu atas katil layan ngantuk. Tiba2 aku rasa nak kench sangat2 xbley nak tahan nih.. Aku pun mengesot pelan2 nak turun katil (dah gemuk sangat masa ni, nak bawak badan pun xlarat). Then 'plop' disertai dengan aliran air yang laju di celah2 kaki. Huwaa apa ni..aku dah terkench atas tilam.. Aku bangun laju2 pergi toilet. Sepanjang panjang aku nak g toilet tu air melimpah ruah. Dalam hati aku dah tertanya-tanya xkan air ketuban kot.. Kalau air ketuban xrasa macam nak terkencing..(haha pandai nak sedapkan hati sendiri padahal xpenah merasa air ketuban tu pecah mcm mana).

Dah kuar toilet aku nak salin baju nak sambung tido. Bengong sungguhla aku ni haha. Tak terfikir langsung bahawa itu tanda aku dah nak bersalin. Tengah2 nak salin baju tu aku rasa macam keluar lendir yang banyak. Masa tu daripada mamai2 terus terbuntang bijik mata! Baru berpijak di bumi yang nyata huhu.. Terus aku kejutkan mak aku. Mak aku dah kelam kabut tapi aku boleh rilek lagi sengih2. Tak sakit pape pun. Pastu mak aku terus bawak aku pergi hospital. Dalam kereta aku sempat kol incik suami yang kat Penang cakap air ketuban dah pecah. Dia nak balik on the spot tapi aku cakap g skolah dulu. Esok baru balik.

Sampai spital doktor pun check bukaan dengan menda alah ctg tu. Baru 1 cm. Digodek2 oleh pelbagai doktor 2 kali. Takla sakit sangat pun. Cuma geli isi perut jek haha. Doktor suh aku masuk wad dulu sbb baru 1 cm. Kalo ikut misi kat KK aku nak kena induce sbb dah overdue.

Tengah harinya doktor pakar masuk wad aku cakap akan induce. Aku hepi la. Tapi tunggu punya tunggu takde pun. Aku dah naik risau sebab air ketuban kan dah pecah, lagi dorg mau lengah2. Dalam hati aku kalu jadi pape memang aku saman je spital ni.

7.9.11

Setelah 2 hari berhotel di spital tanpa dilakukan  dan melakukan apa2 kecuali kena tnjuk pad kat misi, kul 6.30 pagi tu ramai2 patient beratur dpn bilik doktor nak cek bukaan..Punyala lama. Turn aku dalam 7.30am mcm tu. Boring giler nunggu. Dalam pada  menunggu tu aku ada jugak nak lari2 tapi cik misi tahan. Hihi nakal sungguh aku ni. Nak beranak pun buat perangai. Dah check2 tu aku masuk bilik tgk incik hubby dah sampai. Hepi sgt2. Pandai pulak dia carik bilik aku hehe. Cian dia penat dari Penang nak sampai Batu Pahat ni 9 jam ko. Baru je aku nak memanja dgn dia, tiba2 cik misi datang bawak wheelchair. Apakah??? Cik misi ckp bukaan dah 3cm, nak tolak masuk labour room. 3 cm? Patutla ada sakit2 jgk mlm tadi hehe..Jap2 misi saya nak makan. Tak boleh, tak boleh..Doktor dah tunggu.Cepat nanti lambat pulak. Alahai..Aku dah berkira2 kalau tak makan macam mana nak beranak. Misi pulak suh cepat. Aduhai..aku ikutkan je la misi tu. Aku pun ditolakla masuk Labour Room.

Dalam LR misi boh ubat induce kot tangan. Apakebenda ntah namanya. Pitocin? Ye kot. 2 3 minit pastu amik ko..Sakit yang kerap2 tu pun datang. Misi pelatih yang duk cek contraction pegang2 perut aku pun sampai aku rasa nak tepis2 je dia. Punya la sakitttt...Macam ni ke seksa nak beranak..Terus aku teringatkan mak aku. Mak aku cakap masa nak beranakkan aku dulu pun kena induce. Macam ni rupanya sakit dia..Insaf terus aku..Dari pukul 8 induce sampai 12.30 doktor check still 3 cm lagi. Apa???Macam ni punya sakit xde bukaan lagi??Ya Allah...aku cuma mampu berzikir mana yang aku ingat je masa tu..sakit,frust..Aku dah meracau racau...Aku bernafas laju2 xleh control. Doktor yang lelaki tu pun marah aku. Dia cakap awak kena tarik nafas pelan2, bukan laju macam tu. Salah. Aku diamkan je..Memang betul ckp dia tapi kenapa la time2 mcm ni aku xdpt nak praktikkan teknik pernafasan yang betul.

2.30 pm aku gtau misi aku nak terberak sangat2 nih. Pastu datang misi senior (bidan kot) check. Dia cakap dah full..Pastu cepat2 doktor sorang laki sorang pempuan datang. Dorang pasang amenda tah tempat letak kaki tu. Doktor pun suh aku push sambil pegang pemegang yang ada tepi kaki aku..Aku pun hiyahhhhh!! X kuar lagi. Aku teran banyak kali xboleh2. Doktor cakap kepala dah nampak. Aku teran lagi, xkuar lagi. Aku xlarat sangat sampai merapu mintak bedah. Doktor yang pempuan tu mcm nak bagi, tiba2 yang doktor laki tu ckap xpayah, ni baby mcm kecik, xberbaloi bedah. Habis je dia cakap macam tu, korang nak tau dia buat apa? Dia panjat atas katil, tekan perut aku. Sambil aku teran dia pun tekan. Dia tekan2 sampai baby meluncur keluar....

3.08 minit baby aku pun lahir. Tapi baby aku dah lemas..Aku xsempat nak tgk wajah dia pun. Misi bawak terus pergi SCN (Special Care Unit) nak boh oksigen kat baby aku. Tak tercapaila hasrat aku nak susukan baby sebaik saja dia keluar.. Pas beranak doktor pun jahit..NAsib baik xsakit..Pas jahit dorg biarkan aku rehat dekat 2 jam jgk dlm LR tu.

Dah 2 jam dorg pun pindahkan aku g wad. Husband aku ada lagi menunggu depan LR tu ikut skali masuk wad. Dia cakap dia dah tgk baby. Baby kena masuk oksigen. Masa tu aku risau sangat. Takut jadi pape kat otak dia..Malamnya aku jalan sendiri sorg2 nak tgk baby kat SCN. Sedih sangat sbb belum dpt tgk anak sendiri..Walaupun sakit gila aku gagahkan jugak..

Ni la babynya...
Cempaka Nur Qaisara binti Zulhairy...2.63kg je masa lahir..



Masa ni dah seminggu. Baby kena tahan seminggu kat spital sebab doktor nak bagi antibiotik disebabkan air ketuban yang dah pecah awal. Kat SCN misi xbagi amik gambo..huh..

Moral of the story, apa yang terjadi kat spital yang terbabit membuatkan aku serik sgt2 nak beranak di situ lagi..Bahaya!! Yang kes tekan perut aku tu, boleh buat rahim rosak woo..Ngeri aku..